(132-136H / 750-754M)
RIWAYAT HIDUP
1- Nama beliau Abu al Abbas Abdullah bin Muhammad bin Ali bin Abdullah bin Abbas. Beliau bergelar Abu Abbas As Saffah
(Penumpah darah).
2- Dilahirkan pada tahun 104H di Humaimah.
3- Beliau dilantik sebagai khalifah pertama pada 13 Rabiulawal 132H / 750M.
4- Beliau wafat pada 13 Zulhijjah 136H ketika berusia 33 tahun.
5- Beliau memerintah selama 4 tahun 9 bulan.
PERIBADI
1- Seorang yang gemar berperang.
2- Seorang yang keras hati.
3- Kejam terhadap musuh terutamanya ke atas keluarga Bani Umaiyah.
4- Kuat daya ingatan.
5- Gagah dan berani.
6- Pemurah serta dermawan.
7- Tidak menepati janji.
BENTUK KEKEJAMAN YANG DILAKUKAN
1- Menggali kubur-kubur keturunan Umaiyah dan membakar mayat mereka, iaitu kubur Muawiah bin Abi Sufian, Yazid bin
Muawiah, Abd.Malik bin Marwan dan Hisyam bin Abd.Malik kecuali kubur Omar bin Abd.Aziz.
2- Melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga Bani Umaiyah setelah mereka dijemput ke majlis kenduri.
3- Menghapuskan saki baki keluarga Umaiyah kecuali anak-anak yang masih kecil.
TINDAKAN YANG DILAKUKAN BAGI MENGUKUHKAN KERAJAAN
1- Mengubah pusat pemerintahan dari Damsyik ke Kufah, kemudian ke Hirah dan kemudian ke Anbar. Beliau memberi nama
Hasyimiah sempena nama keturunannya Hasyim.
2- Menukarkan warna bendera kerajaan dengan warna Hitam.
3- Menghapuskan golongan Bani Umaiyah sebagai langkah menguatkan kedudukan politiknya.
4- Abu Muslim Al Khurasani dilantik sebagai gebenor di Timur dan Khurasan. Abu Jaafar Al Mansor sebagai gebenor di Iraq,
Mausil dan Armenia. Syam dan Mesir di bawah gebenor Abdullah bin Ali.
5- Abi Salamah Al Khalali dan Khalid Barmaki dilantik sebagai menteri. Namun Abu Salamah kemudiannya dibunuh kerana
dikhuatiri memindahkan kuasa kepada keluarga Sayidina Ali.
FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN KEJAYAAN BELIAU
1- Keadaan kucar kacir yang berlaku dalam keluarga Bani Umaiyah sebelumnya dan pada masa pemerintahannya.
2- Kejayaan cemerlang gerakan sulit oleh penyokong-penyokongnya di serata tempat.
3- Peranan Abu Muslim Al Khurasani yang berjaya menguasai beberapa buah daerah termasuk Khurasan dan Merw. Usaha ini
telah membuka jalan kepada beliau.
4- Orang-orang Parsi memberi sokongan padu kerana golongan itu begitu marah kepada pemerintahan Bani Umaiyah yang
bersifat assabiyah.
5- Peranan saudara-saudaranya iaitu Abu Jaafar, Abdullah, Ali, Salleh dan Daud yang bersama-sama membanteras musuh.
JASA-JASA KHALIFAH
1- Mengadakan rumah-rumah api untuk panduan musafir (lampu-lampu jalan raya untuk panduan orang-orang yang berjalan pada
malam hari).
2- Memperbaharui jalan dan meletakkan batu tanda jarak di antara Mekah dangan Kufah mengikut kiraan Batu Hasyimi.
3- Memperkukuhkan angkatan tentera untuk mempertahankan ancaman musuh terutama dari Rom.
4- Membuka Bandar baru di Iraq yang dinamakan Bandar Hasyimiah.
KHALIFAH ABU JAAFAR AL MANSUR
(136-158H / 754-775M)
(136-158H / 754-775M)
RIWAYAT HIDUP
1- Nama penuh beliau ialah Abu Jaafar Abdullah bin Muhammad bin Ali bin Abdullah bin Abbas. Beliau adalah saudara Abu
Abbas.
2- Beliau dilahirkan pada 101H di Humaimah.
3- Beliau berjuang bersama-sama dengan saudaranya Abu Abbas untuk menegakkan daulah Abbasiyah.
4- Beliau adalah orang kanan As Safah semasa menegakkan Kerajaan Bani Abbasiyah.
5- Beliau dilantik menjadi khalifah pada tahun136H atas wasiat Abu Abbas ketika berusia 35 tahun.
6- Beliau wafat pada tahun 158H di Bikrul Maimun dalam perjalanan untuk mengerjakan haji ketika berusia 57 tahun.
7- Memerintah selama 22 tahun dan dianggap sebagai bapa pembangun kerajaan Abbasiyah yang sebenar kerana ditangan
beliaulah kerajaan Abbasiah berdiri dengan kukuh.
8- Beliau berjaya menghapuskan segala anasir yang mengancam kerajaan.
9- Beliau memulakan pembangunan Negara secara lebih pesat.
10- Beliau memulakan gerakan mengkaji ilmu pengetahuan sehingga Kota Baghdad dianggap sebagai pusat pertemuan ilmu
pengetahuan dunia.
1- Nama penuh beliau ialah Abu Jaafar Abdullah bin Muhammad bin Ali bin Abdullah bin Abbas. Beliau adalah saudara Abu
Abbas.
2- Beliau dilahirkan pada 101H di Humaimah.
3- Beliau berjuang bersama-sama dengan saudaranya Abu Abbas untuk menegakkan daulah Abbasiyah.
4- Beliau adalah orang kanan As Safah semasa menegakkan Kerajaan Bani Abbasiyah.
5- Beliau dilantik menjadi khalifah pada tahun136H atas wasiat Abu Abbas ketika berusia 35 tahun.
6- Beliau wafat pada tahun 158H di Bikrul Maimun dalam perjalanan untuk mengerjakan haji ketika berusia 57 tahun.
7- Memerintah selama 22 tahun dan dianggap sebagai bapa pembangun kerajaan Abbasiyah yang sebenar kerana ditangan
beliaulah kerajaan Abbasiah berdiri dengan kukuh.
8- Beliau berjaya menghapuskan segala anasir yang mengancam kerajaan.
9- Beliau memulakan pembangunan Negara secara lebih pesat.
10- Beliau memulakan gerakan mengkaji ilmu pengetahuan sehingga Kota Baghdad dianggap sebagai pusat pertemuan ilmu
pengetahuan dunia.
PERIBADI
1- Seorang yang gagah berani dan tabah hati.
2- Bercita-cita tinggi untuk memajukan Negara.
3- Pentadbir yang cekap dan berwibawa.
4- Mengambil berat tentang kebajikan dan kesejahteraan rakyatnya.
5- Berminat terhadap ilmu pengetahuan dan kasih akan ulama.
6- Rajin bekerja dan berdisiplin.
7- Berhemah tinggi dan disegani.
8- Bijak dan pandai menggunakan masa.
9- Kuat beribadat dan condrong kepada sebarang pelajaran ugama.
10- Bijak mengatur ekonomi Negara dan cermat membelanjakannya.
BAPA PEMBANGUN KERAJAAN ABBASIYAH
Ahli sejarah telah mensifatkan bahawa Khalifah Abu Jaafar Al Mansor sebagai "Bapa pembangun Kerajaan Abbasiyah yang
sebenar" kerana:
a- Ditangan beliaulah Kerajaan Abbasiah berdiri dengan kukuh.
b- Beliau berjaya menghapuskan segala anasir sabbersif merbahaya yang mengancam kerajaannya.
c- Beliaulah yang memulakan pembangunan Negara secara lebih pesat.
d- Beliau memulakan gerakkan mengkaji ilmu pengetahuan sehingga Kota Baghdad dianggap sebagai pusat pertemuan ilmu
pengetahuan dunia.
TINDAKAN-TINDAKAN MENGUKUHKAN NEGARA
Walaupun Abu Jaafar merasai keamanan kerana seterunya dapat dikalahkan, tetapi beliau masih lagi mencurigai sebahagian
daripada pembesarnya. Jadi bagi mengatasi masalah ini beliau melakukan beberapa tindakan positif sebagai langkah untuk
menstabilkan Negara iaitu:
1- Menghapuskan pemberontak puak Syiah (Alawiyeen)
a) Puak Syiah merupakan keluarga dan penyokong Sayidina Ali yang bercita-cita untuk menumbangkan Kerajaan Bani
Umaiyah tetapi mereka menyerahkan kepada keluarga Al Abbas.
b) Golongan Syiah adalah golongan yang turut bersama memerangi dan menjatuhkan Kerajaan Bani Umaiyah sehingga
memungkinkan Bani Abbasiyah memerintah, tetapi mereka telah disingkirkan.
c) Penghinaan dan penipuan politik yang dilakukan keatas mereka itu menimbulkan perasaan simpati dikalangan sesetengah
golongan umat Islam.
d) Mereka tidak berpuas hati lalu bangun menentang Kerajaan Abbasiyah.
e) Golongan ini dipimpin oleh Muhammad bin Abdullah.
f) Mereka mendapat sokongan yang kuat dari penduduk Hijaz, Kufah dan Basrah.
g) Khalifah Abu Jaafar Al Mansur telah menghantar tenteranya di bawah pimpinan Isa bin Musa dan berjaya menghapuskan
pengaruh golongan Syiah ini.
2- Memerangi bapa saudaranya sendiri Abdullah bin Ali dan menghapuskan pengaruhnya.
a- Abdullah bin Ali adalah panglima tentera yang sangat berjasa mengalahkan Kerajaan Bani Umaiyah disaat terakhir dengan
mengalahkan Marwan bin Al Hakam dalam Peperangan Sungai Zab.
b- Abdullah mempunyai pengaruh dan pengikut yang besar dikalangan penduduk Syam dan Mesir. Oleh itu beliau
mendakwa dirinya berhak menjadi khalifah.
c- Beliau juga mendakwa bahawa Abu Abbas berjanji untuk mengangkat beliau sebagai khalifah.
d- Khalifah Abu Jaafar mengutus tentera seramai 17000 orang dibawah pimpinan Abu Muslim Pasukan tentera ini dapat
mendudukkan tentera Abdullah dan beliau akhirnya ditangkap dan dipenjarakan.
3- Menghapuskan pengaruh Abu Muslim Al Khurasani
a) Beliau seorang yang berjasa kepada Khlifah kerana dalam membangunkan Kerajaan Abbasiyah dan menghapuskan
pemberontakan Abdullah bin Ali.
b) Selepas menundukkan tentera Abdullah, beliau tidak lagi mematuhi arahan khalifah kerana beliau telah mempunyai
pengaruh besar.
c) Khalifah Abu Jaafar bimbang akan pengaruh beliau dapat menggugat pemerintahnnya.
d) Lalu Khalifah membuat helah dengan menjemput beliau ke istana kemudian beliau dicerca dan kerana tidak tahan
menerima cercaan beliau cuba melawan dan akhirnya beliau pun dibunuh. Beliau dianggap penentang khalifah.
4- Memerangi Abd.Rahman Ad Dakhil di Sepanyol
a) Beliau ialah Abd.Rahman bin Muawiah bin Hisham bin Abd.Malik yang terkenal dengan nama Abd.Rahman Ad Dakhil
b) Abd.Rahman Ad Dakhil adalah keturunan Umaiyah yang telah berjaya melarikan diri ke Sepanyol semasa gerakkan
Abbasiyah menghapuskan Bani Umaiyah.
c) Abd.Rahman telah mendapat sambutan untuk menubuhkan Kerajaan Umaiyah II di sana pada tahun 138H / 757M.
d) Abd.Rahman menggantikan perkataan Khalifah dengan Amir.
e) Dia digelar oleh Abu Jaafar Al Mansur dengan Sakhar Quraisy (kerana ketangkasannya melarikan diri).
f) Khalifah Abu Jaafar telah menghantar Al Alak bin Al Muraish dan tenteranya ke Sepanyol tetapi tidak berjaya mengalahkan
Abd.Rahman. Al Alak terbunuh dan kepalanya dipotong kemudian dikirimkan kepada Khalifah sebagai tanda amaran.
JASA-JASA KHALIFAH ABU JAAFAR AL MANSUR
1- Mendirikan Kota Baghdad di Iraq.
2- Membina Istana yang indah.
3- Membina sebuah pelabuhan yang besar di Sungai Furat untuk persinggahan kapal-kapal.
4- Memajukan perkembangan ilmu pengetahuan, mempergiatkan usaha menterjemah buku-buku pengetahuan ke dalam Bahasa
Arab.
5- Mendirikan sekolah tinggi iaitu "Baitul Hikmah".
PEMBENTUKKAN KELUARGA BARMAK
i. Dalam masa pemerintahan Al Mansur ini, terbentuk jawatan menteri dalam Kerajaan Bani Abbasiyah dari keluarga Barmak.
ii. Orang yang pertama memegang jawatan menteri ialah Khalid bin Barmak (berasal dari anak padri Budha di Balakh).
iii. Di awal pemerintahan Bani Abbasiyah Khalid dilantik menjadi Ketua Dewan Al Kharaj (Jabatan Kewangan).
iv. Pada tahun 765M Khalid dijadikan Gebenor di Tabaristan.
e) Selepas menundukkan tentera Abdullah, beliau tidak lagi mematuhi arahan khalifah kerana beliau telah mempunyai
pengaruh besar.
f) Khalifah Abu Jaafar bimbang akan pengaruh beliau dapat menggugat pemerintahnnya.
g) Lalu Khalifah membuat helah dengan menjemput beliau ke istana kemudian beliau dicerca dan kerana tidak tahan
menerima cercaan beliau cuba melawan dan akhirnya beliau pun dibunuh. Beliau dianggap penentang khalifah.
5- Memerangi Abd.Rahman Ad Dakhil di Sepanyol
g) Beliau ialah Abd.Rahman bin Muawiah bin Hisham bin Abd.Malik yang terkenal dengan nama Abd.Rahman Ad Dakhil
h) Abd.Rahman Ad Dakhil adalah keturunan Umaiyah yang telah berjaya melarikan diri ke Sepanyol semasa gerakkan
Abbasiyah menghapuskan Bani Umaiyah.
i) Abd.Rahman telah mendapat sambutan untuk menubuhkan Kerajaan Umaiyah II di sana pada tahun 138H / 757M.
j) Abd.Rahman menggantikan perkataan Khalifah dengan Amir.
k) Dia digelar oleh Abu Jaafar Al Mansur dengan Sakhar Quraisy (kerana ketangkasannya melarikan diri).
l) Khalifah Abu Jaafar telah menghantar Al Alak bin Al Muraish dan tenteranya ke Sepanyol tetapi tidak berjaya mengalahkan
Abd.Rahman. Al Alak terbunuh dan kepalanya dipotong kemudian dikirimkan kepada Khalifah sebagai tanda amaran.
JASA-JASA KHALIFAH ABU JAAFAR AL MANSUR
6- Mendirikan Kota Baghdad di Iraq.
7- Membina Istana yang indah.
8- Membina sebuah pelabuhan yang besar di Sungai Furat untuk persinggahan kapal-kapal.
9- Memajukan perkembangan ilmu pengetahuan, mempergiatkan usaha menterjemah buku-buku pengetahuan ke dalam Bahasa
Arab.
10- Mendirikan sekolah tinggi iaitu "Baitul Hikmah".
PEMBENTUKKAN KELUARGA BARMAK
i. Dalam masa pemerintahan Al Mansur ini, terbentuk jawatan menteri dalam Kerajaan Bani Abbasiyah dari keluarga Barmak.
ii. Orang yang pertama memegang jawatan menteri ialah Khalid bin Barmak (berasal dari anak padri Budha di Balakh).
iii. Di awal pemerintahan Bani Abbasiyah Khalid dilantik menjadi Ketua Dewan Al Kharaj (Jabatan Kewangan).
iv. Pada tahun 765M Khalid dijadikan Gebenor di Tabaristan.
KHALIFAH AL MAHDI
(158-169H / 775-785M)RIWAYAT HIDUP
i. Nama penuh beliau ialah Muhammad al Mahdi bin al Mansur bin Ali bin Abdullah bin Abbas.
ii. Beliau lahir di Humaimah pada tahun 126 Hijrah.
iii. Beliau dilantik menjadi Khalifah setelah bapanya meninggal dunia pada tahun 158 Hijrah.
iv. Al Mahdi melantik Yahya al Barmak (anak Khalid bin Barmak) menjadi Menterinya. (Yahya juga ditugaskan untuk mengajar
anaknya Harun).
v. Beliau meninggal dunia pada tahun 169H (ketika berumur 43 tahun), dalam perjalanan ke Jurjan untuk menjalankan tugasnya
bersama anaknya Harun al Rashid. (Harun sendiri menyempurnakan jenazah ayahnya).
PERIBADI
Beliau tidak minum air anggur.
Gemar mendengar nyanyian dan qasidah.
Pemalu, bersopan santun dan pemurah.
Fasih pertuturannya.
Melazimi membaca al Quran pada waktu lapang.
Sangat takut menyalahi Sunnah Rasul.
JASA-JASA KHALIFAH AL MAHDI
Membebaskan tahanan politik semasa pemerintahan bapanya (Abu Jaafar al Mansur). Kecuali mereka yang bersalah dalam
jenayah.
Membina dan memperbaiki Istana.
Membina kolam-kolam air disepanjang jalan untuk kemudahan musafir dan angkatan kafilah.
Menempatkan orang yang berpenyakit kusta di tempat yang khas bagi mengelak dari berjangkit.
Memerintah agar menambah bangunan Masjidil Haram di Mekah.
Memberikan bayaran saguhati kepada penyair-penyair sebagai galakan.
KEMAJUAN DIZAMAN AL MAHDI
Oleh kerana perbendaharaan Negara yang ditinggalkan oleh bapanya 'itu masih mantap maka mudahlah beliau melancarkan
sebarang rancangan kemajuan. Iaitu:
Kota-kota besar diperindahkan lagi.
Digalakkan rakyatnya mempelajari kesenian dan sains.
Penyair-penyair diberi bayaran saguhati.
Baghdad yang sedia menjadi pusat perniagaan penuh pula dengan ahli-ahli kesenian dan penyair.
Penaklokan dizaman al Mahdi
Penaklokan tidak banyak berlaku, hanya serang menyerang yang bersikap pertahanan.
Khalifah menghantar anaknya Harun memimpin tentera untuk menentang tentera Byzantines di Asia kecil. Akhirnya Harun
berjaya dan Ratu Irene bagi pihak pemerintahan Byzantium terpaksa menuntut damai dan menyetujui membayar ufti 80 ribu dinar
setahun.
Kerana kemenangan Harun ini, Bapanya menggelar al Rashid.
Ada pun Peperangan yang berlaku di sempadan negeri Sind hanya berupa serang menyerang ringan sahaja dan tidaklah berlaku
sebarang penaklokkan.
KHALIFAH AL HADI (169 -170H / 785 - 786M)
RIWAYAT HIDUP
Nama penuh beliau Musa al Hadi bin Muhammad al Mahdi bin Abu Jaafar al Mansur.
Beliau meninggal dunia pada tahun 170 Hijrah.
Masa pemerintahannya pendek dan penuh dengan pemberontakkan.
Beliau tidak berjaya melakukan sebarang pembangunan Negara.
PEMBERONTAKAN YANG MASYHUR SEMASA PEMERINTAHAN AL HADI
Ialah pemberontakan Husain bin Ali bin Hassan bin Ali bin Abi Talib yang berlaku di Hijaz.
-Dalam pemberontakan ini Husain berjaya merampas Madinah daripada wakil pemerintah Kerajaan Abbasiyah.
-Tetapi Husain dapat dikalahkan oleh tentera al Hadi semasa mereka menyerang Mekah.
-Husain mati terbunuh dan dua orang keluarganya melarikan diri.
i. Idris bin Abdullah bin Husain bin Ali bin Abi Talib dapat melarikan diri ke Utara afrika terus ke Morocco dan berjaya mendirikan
kerajaan disana.
ii. Yahya bin Abdullah bin Hassan bi Ali bin Abi Talib dapat melarikan diri ke Negara Dailam (di Selatan Laut Kaspian) dan
mendirikan kerajaan pemberontak di sana.
KHALIFAH HARUN AR RASYID (170H-193H / 786M-809M)
RIWAYAT HIDUP
- Beliau adalah anak kepada Khalifah Muhammad Al Mahdi.
- Dilahirkan pada tahun 145H, di Raiy.
- Pernah menjadi penglima perang menyerang Rom semasa ayahnya menjadi gebenor di Afrika Utara.
- Mengerjakan Haji sebanyak 9 kali semasa hidupnya.
- Dilantik menjadi Putera Mahkota pada tahun 166H.
- Menjadi Khalifah pada tahun 170H. Ketika itu beliau berusia 25 tahun.
- Wafat pada tahun 193 Hijrah di Tus (Tours).Dan memerintah selama 23 tahun
Seorang yang gagah berani.
Seorang yang cederong dalam hal ugama
Sentiasa mengambil berat dalam kerja-kerja pemerintahannya.
Bijak berpolitik dan cekap.
Beliau melazimi sembahyang tiap-tiap hari seratus rakaat hinggalah ke masa beliau meninggal dunia kecuali keuzuran.
Pemurah dan bertimbang rasa dengan orang-orang miskin.
Gemar mendengar nasihat orang-orang bijak pandai.
Berfikir luas dan tegas.
Pemurah dan dermawan.
Suka menikmati Syaer dan Qasidah.
Cintakan ilmu pengetahuan dan menghormati alim ulama
Mengambil berat hal rakyat.
HUBUNGAN LUAR NEGERI
1- Hubungan dengan Afrika Utara:
Memberi kemerdekaan bersyarat kepada bangsa Barbar tetapi mulai 184H. Khalifah Harun melantik Ibrahim menjadi Khalifah
di sana yang dinamakan sebgai Kerajaan Aqlabiah. Kerajaan tersebut berkekalan selama 183 tahun.
2- Hubungan dengan Rom:
Rajanya Ratu Irene meneruskan bayaran ufti kepada Kerajaan Abbasiyah tetapi apabla Rom diperintah oleh Niceporus, beliau
telah membatalkan ufti tersebut. Ini menyebabkan Khalifah menghantar tentera menyerang Byzantine dan Khalifah sendiri telah
memimpin tentera menawan Pulau Cyprus, Rhodes dan akhirnya Raja Niceporus bersedia menyambung semula perdamaian.
3- Hubungan dengan Eropah:
Hubungan dengan Raja Charlemenge dari Perancis. Kedua-dua pihak bertukar bingkisan dan beliau pernah membantu
Khalifah menghadapi Kerajaan Byzantine.
4- Hubungan dengan Cina:
Jalinkan hubungan dengan Maharaja Cina, mereka saling bertukar bingkisan.
5- Hubungan dengan keluarga Alawiyeen:
Khalifah Harun menawarkan hubungan baik dengan keluarga Alawiyeen. Malangnya mereka masih menunjukkan sikap
menentang Kerajaan. Sikap Khalifah Harun dibalas dengan pemberontakan yang dipimpin oleh Yahya bin Abdullah dan
adiknya Idris yang menubuhkan Kerajaan Idrisiah di Moroko pada tahun 172 Hijrah.
KEADAAN NEGARA DALAM MASA PEMERINTAHANNYA
1- Keadaan aman dan tenteram kerana banyak pemberontakan dapat dihapuskan .
2- Negara berada dalam keadaan yang kuat dan teguh sehinga disegani oleh Negara-negara lain yang bersedia menjalin
hubungan baik dengan Kerajaan Abbasiah.
3- Ekonomi Negara teguh dan maju. Baghdad telah muncul sebagai pusat perdagangan yang terkemuka.
4- Baghdad muncul sebagai pusat perkembangan ilmu pengetahuan. Ramai penuntut dari luar negeri mengunjungi Baghdad
bukan sahaja untuk mempelajari ilmu-ilmu tafsir dan hadis, malah ilmu perubatan, matematik, falak dan sebagainya.
5- Di dalam Negara terdapat ramai cendekiawan dalam berbagai-bagai bidang seperti penulis kesusasteraan. Para cendekiawan
mendapat kedudukan istimewa dan penghormatan yang tinggi daripada para pemerintah.
USAHA-USAHA KHALIFAH DALAM MEMPERKAYAKAN ILMU PENGETAHUAN
1- Khalifah melarang para tentera merosakkan buku-buku ilmu pengetahuan.
2- Mendirikan pusat-pusat pengajian menengah dan rendah untuk memberi pendidikan kepada rakyat.
3- Para ulama dan cendekiawan dijemput ke Baghdad untuk mengembangkan ilmu pengetahuan.
4- Usaha-usaha menterjemah buku-buku asing seperti dari Yunani dan sebagainya ke dalam bahasa arab.
5- Baginda telah membesarkan lagi Darul Hikmah.
KESAN-KESAN USAHA MEMPERKAYAKAN ILMU PENGETAHUAN
Baghdad telah muncul sebagai pusat ilmupengetahuan, kesusasteraan dan perdagangan.
Lahirnya tokoh-tokoh ilmuan dan Sufi yang terkenal seperti Imam Syfie, Ahmad Hambal dan Ibrahim Adham.
Banyak buku yang telah terkumpul termasuklah buku-buku cerita yang termasyhur iaitu Hikayat 1001 malam
FAKTOR-FAKTOR KEMASYURAN KHALIFAH HARUN AL RASYID
(Zaman keemasan kerajaan Bani Abbasiah dan zaman kemegahan Kerajaan Islam).
1- Sifat-sifat yang terpuji yang dimiliki oleh Khalifah sendiri seperti, berhemah tinggi, pemurah, suka beribadat dan lain-lain sifat
yang baik telah menyebabkan baginda dikasihi rakyat.
2- Baginda berjaya menajadikan negara Islam Abbasiyah menjadi makmur dan terkenal kerana keadaannya yang stabil dan
kukuh.
3- Kebijaksanaannya menghapuskan anasir-anasir anti kerajaan.
4- Hubungan Kerajaan Abbasiyah dengan Negara-negara luar seperti Cina, Perancis dan Rom telah menaikkan taraf Kerajaan
Abbasiyah di dunia luar.
5- Usaha-usahanya menjadikan Baghdad sebagai pusat pengetahuan.
6- Kota Baghdad mencapai kedudukan yang tinggi dimata dunia khasnya dikalangan orang-orang barat.
JASA-JASA KHALIFAH HARUN AL RASYID
1- Menjadikan Baghdad sebagai pusat perdagangan antarabangsa.
2- Mendirikan pusat-pusat pengajian rendah dan menengah serta memberi pelajaran dengan percuma.
3- Menjemput Para Ulama dan Cendekiawan ke Baghdad untuk mengembangkan ilmu pengetahuan.
4- Mengusahakan pernterjemahan buku-buku asing ke dalam bahasa arab.
5- Menghapuskan musuh-musuh negara dari dalam dan luar negeri untuk menstabilkan negara.
6- Menjalinkan hubungan yang baik dengan negara-negara asing.
7- Mendirikan Darul Hikmah (Perpustakaan awam).
8- Membina tempat meneropong bintang untuk ahli ilmu falak
PEMBENTUKAN KELUARGA BARMAK
1- Di awal pemerintahan Khalifah al Mansur, orang yang pertama menjawat jawatan menteri ialah Khalid bin Barmak.
2- Beliau berasal daripada anak seorang paderi Budha di Balakh.
3- Ibunya ditawan oleh Qutaibah bin Muslim dalam tahun 705M di balakh
4- Di awal pemerintahan Khalifah Abbas, beliau dilantik mengetuai Dewan Al Kharaj (Jabatan Kewangan)
5- Pada tahun Masihi 765, beliau dijadikan gabenor di Tabaristan.
6- Khalifah Al Mahdi melantik Yahya Al Barmaki menjadi menterinya.
7- Yahya ditugaskan mengajar anak Khalifah Al Mahdi iaitu Harun.
TINDAKAN KHALIFAH TERHADAP KELUARGA BARMAK
- Mereka telah diberi kepercayaan oleh Khalifah atas kebijaksanaan dan kepintaran mereka. Oleh sebab timbul dengki, keluarga ini telah difitnah dan akhirnya menerima hukuman bunuh daripada Khalifah Harun Al Rasyid.
- Khalifah bertindak membunuh mereka dengan merampas segala harta benda mereka termasuk ladang-ladang, istana dan kelengkapan rumah.
Pendapat setengah ahli sejarah berhubung dengan tindakan beliau terhadap keluarga Barmak
- Setengah ahli sejarah mensifatkan tindakan Baginda membunuh keluarga Barmak itu adalah berdasarkan polotik untuk menghapuskan kuasa Barmak yang mungkin melemahkan kekuasaan Baginda sendiri.
- Setengah ahli sejarah mengatakan bahawa tindakan baginda itu adalah kerana keluarga Barmak terlalu bebas dengan keluarga Khalifah sendiri sehinga berlaku kejadian buruk yang memalukan baginda.
Di dalam buku P.K Hitty 'History of the Arabs' menjelaskan bahawa pembunuhan ke atas Jaafar itu sebenarnya ada kaitan dengan keburukan yang memalukan yang berlaku di antara Jaafar dengan saudara perempuan Khalifah Harun iaitu Al Abbasah.
Khalifah-Khalifah Kerajaan Bani Abbasiyah selepas Khalifah Al Mutawkkil1- Khalifah Al Mustain (248-252H / 862-866M)
2- Khalifah Al Muktaz (252-255H / 866-869M)
3- Khalifah Al Muhtadi (255-256H / 869-870M)
4- Khalifah Al Muktamid (256-279H / 870-892M)
5- Khalifah Al Multahid (279-289H / 892-902M)
6- Khalifah Al Muktafi Billah (289-295H / 902-908M)
7- Khalifah Al Muqtadir (295-320H / 908-932M)
8- Khalifah Al Qadir (320-322H / 932-934M)
9- Khalifah Al Radhi (322-329H / 934-940M)
10- Khalifah Al Muttaqi (329-333H / 940-944M)
11- Khalifah Al Mustakfi (333-334H / 944-945M)
12- Khalifah Al Muti` (334-363H / 945-973M)
13- Khalifah Al Taii (363-381H / 973-991M)
14- Khalifah Al Qadir (381-422H /991-1031M)
15- Khalifah Al Qaim (422-467H / 1031-1074M)
16- Khalifah Al Muqtadi (467-487H / 1074-1094M)
17- Khalifah Al Mustazhir (487-512H / 1094-1118M)
18- Khalifah Al Mustarsyid (512-519H / 1118-1134M)
19- Khalifah Al Rasyid (519-530H / 1134-1135M)
20- Khalifah Al Muktafi (530-555H / 1135-1160M)
21- Khalifah Al Mustanjid (555-566H / 1160-1170M)
22- Khalifah Al Mustadhi (566-575H / 1170-1179M)
23- Khalifah Al Nasir (575-622H / 1179-1225M)
24- Khalifah Al Zahir (622-623H / 1225-1226M)
25- Khalifah Al Mustansir (623-641H / 1226-1243M)
26- Khalifah Al Mustaksim (641-656H / 1243-1258M)
2- Khalifah Al Muktaz (252-255H / 866-869M)
3- Khalifah Al Muhtadi (255-256H / 869-870M)
4- Khalifah Al Muktamid (256-279H / 870-892M)
5- Khalifah Al Multahid (279-289H / 892-902M)
6- Khalifah Al Muktafi Billah (289-295H / 902-908M)
7- Khalifah Al Muqtadir (295-320H / 908-932M)
8- Khalifah Al Qadir (320-322H / 932-934M)
9- Khalifah Al Radhi (322-329H / 934-940M)
10- Khalifah Al Muttaqi (329-333H / 940-944M)
11- Khalifah Al Mustakfi (333-334H / 944-945M)
12- Khalifah Al Muti` (334-363H / 945-973M)
13- Khalifah Al Taii (363-381H / 973-991M)
14- Khalifah Al Qadir (381-422H /991-1031M)
15- Khalifah Al Qaim (422-467H / 1031-1074M)
16- Khalifah Al Muqtadi (467-487H / 1074-1094M)
17- Khalifah Al Mustazhir (487-512H / 1094-1118M)
18- Khalifah Al Mustarsyid (512-519H / 1118-1134M)
19- Khalifah Al Rasyid (519-530H / 1134-1135M)
20- Khalifah Al Muktafi (530-555H / 1135-1160M)
21- Khalifah Al Mustanjid (555-566H / 1160-1170M)
22- Khalifah Al Mustadhi (566-575H / 1170-1179M)
23- Khalifah Al Nasir (575-622H / 1179-1225M)
24- Khalifah Al Zahir (622-623H / 1225-1226M)
25- Khalifah Al Mustansir (623-641H / 1226-1243M)
26- Khalifah Al Mustaksim (641-656H / 1243-1258M)
very useful to me
ReplyDeleteماشاء فتحت العيون
ReplyDelete*ماشاالله
ReplyDeletesuperb
ReplyDeleteNama pengasas kerajaan abbasiah Salah selepas bin Muhammad yang menunjukkan bin Ali bin Abbas kalau ikut Muhammad bin Ali Al-Saffah
ReplyDelete