Saturday, 9 January 2016

Kemunculan Bani Abasiyyah

 

   Pengasas kerajaan Bani Abbasiyah adalah Abu al-Abas as-Saffah. Ditubuhkan pada tahun 132H / 750M - 656H / 1258M. Nama kerajaan Bani Abbasiyah telah diambil sempena nama bapa saudara Rasuullah S.A.W. iaitu al-Abbas. Pemerintahan Bani Abbasiyah bertahan selama 5 kurun. Tempoh pemerintahan Bani Abbasiyah dikenali dalam sejarah barat sebagai The Golden Age. Pemerintahan kerajaan Bani Abbasiyah dapat dibahagikan kepada tiga zaman, iaitu:

1. Zaman perkembangan
2. Zaman perpecahan
3. Zaman kejatuhan

Pembentukan pemerintahan Bani Abbasiyah telah melalui proses pemerintahan yang panjang dan terancang. Kerajaan Bani Abbasiyah dipimpin oleh 37 orang khalifah. Sistem kerajaan ini menggunakan sistem kerajaan Farsi. Sistmenya adalah:

1. Khalifah, iaitu ketua negara sebagai pemimpin tertinggi dalam wilayah Islam.
2. Al-Wazir, iaitu perdana menteri dan dibantu oleh menteri-menteri dan jabatan kerajaan
3. Ad-Dawawin iaitu jabatan-jabatan kerajaan.

Sistem Farsi disesuaikan di dalam kerajaan Bani Abbasiyah adalah kerana ramai orang Farsi yang memeluk agama islam dan menjawat jawatan penting dalam kerajaan Bani Abbasiyah.

Penubuhan Daulah Abbasiyah telah dianggap sebagai satu revolusi dlam khilafah Islamiyyah. Crane Brinton teah menyatakan empat ciri yang menjadi identiti revolusi pada masa itu:

1. Sebelum berlakunya revolusi, ideologi pihak pemerintah pada masa itu dikritik dengan begitu hebat sekali oleh masyarakat kerana mereka kecewa dengan penderitaan yang wujud disebabkan oleh kelemahan-kelemahan ideologi pihak berkuasa.

2. Pemerintahan yang tidak cekap kerana lemah melakukan penyesuaian sistem sosial dengan perkembangan keadaan dan tuntutan zaman.

3. Perubahan sokongan para intelektual yang mendokong ideologi pemerintah kepada wawasan baru yang dipelopori kumpulan penentang.

4. Revolusi itu merangkumi kerjasama kumpulan bawahan yang tertindas dengan pegawai-pegawai pemerintah yang tidak berpuas hati dengan sistem yang ada.

Khalifah Abbasiyah yang paling disegani iaitu Harun al-Rassyid telah mebuktikan kejayaan kerajaan Bani abbasiyah dalam mencapai tahap kegemilangannya yang tertinggi  meliputi hampir kesemua aspek kehidupan dari ekonomi, pendidikan, kesihatan dan kebudayaan. Pemerintahan Harun al-Rassyid di Baghdad menjangkau tempoh 23 1/2 tahun.


No comments:

Post a Comment