Monday, 11 January 2016

KEMAJUAN KERAJAAN BANI ABBASIYAH

Kemajuan-kemajuan di zaman pemerintahan Kerajaan Bani Abbsiyah.

Menteri dan Pembesar Negara
Menteri-menteri dalam pemerintahan Kerajaan Bani Abbasiyah diberi kuasa dalam melaksanakan tugas pentadbiran Negara.
Kerja-kerja dalam pentadbiran Negara yang dijalankan oleh menteri adalah berdasarkan persetujuan Khalifah.
Di samping itu, Perdana Menteri adalah orang yang terpenting dalam pendtadbiran Negara. Dia juga berkuasa dan
bertanggungjawab dalam melantik beberapa orang menteri di bawahnya serta dialah yang menjadi pengerusi dalam majlis
masyuarat menteri-menteri.
Dalam bidang kehakiman, orang yang diberi kuasa bagi mengeluarkan hukum-hukum ialah Qadi.
Sementara dibidang ketenteraan ialah Amir Al Askariah.
Lain-lain jabatan pentadbiran dilantik di bawah urusan menteri-menteri mengikut jabatan masing-masing.

Jabatan Kewangan
Jabatan ini memainkan peranan yang sangat penting sekali dalam pentadbiran Negara, juga adalah merupakan teras
pemerintahan.
Punca kewangan Negara adalah hasil daripada zakat, jizyah, cukai-cukai dan harta rampasan perang.
Kesemua hasil yang diperolehi daripada zakat dibahagikan kepada orang-orang yang berhak menerimanya, sepertimana
mengikut undang-undang Islam.
Sementara hasil yang diperolehi selain daripada zakat, dibelanjakan untuk keperluan pembangunan Negara.
Di awal pemerintahan Kerajaan Bani Abbasiyah ini, kedudukan kewangan sungguhlah terjamin dan memuaskan, terutama sekali
di zaman pemerintahan Khalifah Harun Al Rasyid.
Tetapi mulai dari pemerintahan Al Wathiq, kewangan Negara mula merosot. Ini adalah disebabkan oleh kerana kekuasaan
pemerintah sudah berada sepenuhnya ditangan bangsa Turki.

Ketenteraan
Ketenteraan di zaman Kerajaan Bani Abbasiyah tidaklah begitu teratur sama juga halnya seperti di zaman Kerajaan Bani
Uamaiyah dahulu.
Dalam pembahagian tugas ketenteraan adalah sama seperti di zaman Kerajaan Bani Umaiyah. Di mana tiap-tiap General
menjaga 10,000 tentera yang dibahagikan kepada 10 batalion, dan dalam tiap-tiap battalion pula ditugaskan 10 orang qadi.
Pada peringkat permulaannya, tentera Bani Abbasiyah ini terbahagi kepada dua kumpulan yang besar. Iaitu kumpulan tentera
Arab Utara (Modarides) dan satu lagi tentera Arab Selatan (Himyarites).
Tetapi setelah munculnya satu lagi kumpulan tentera Farsi, maka mengakibatkan kumpulan yang awal tadi sudah hilang
pengaruhnya. Kumpulan tentera Farsi ini sangat berpengaruh sekali terutama di akhir pemerintahan Kerajaan Bani Abbasiyah,
sehinggalah meluputkan kuasa Khalifah sendiri.

Pembahagian wilayah
Dalam hal ini juga, ianya adalah mengikut sepertimana yang sudah sedia ada dari sejak zaman Kerajaan Bani Umaiyah.
Perubahan-perubahan yang dilakukan hanyalah sedikit sahaja, itupun kerana mengikut kehendak politik.
Tetapi kadangkala terdapat juga dua Wilayah yang bersaing disatukan dan diperintah oleh seorang governor.
Wakil pemerintah (Governor) memerintah secara kuasa separuh penuh. Tetapi dalam beberapa segi dan aspek pentadbiran
Negara, mereka diberi kebebasan menggunakan kebijaksanaan sendiri hinggakan mereka mempunyai tentera sendiri. Dan oleh
kerana itulah juga dengan mudahnya berlaku rampasan kuasa bila Kerajaan Pusat menjadi lemah.

Perkembangan Ilmu Pengetahuan / Kegiatan Intelekual
 Seperti yang sudah diketahui bahawa pengasas dalam bidang ilmu pengetahuan ini ialah Khalifah Abu Jaafar Al Mansur,
kemudian disambung lagi oleh Khalifah Harun Al Rashid dan seterusnya Khalifah Al Makmun.
 Di zaman pemerintahan Al Makmun, perkembangan ilmu pengetahuan ini telah mencapai kepada kemuncak kejayaan.
 Di zaman Khalifah Al Makmun jugalah Kota Bagdad menjadi pusat tumpuan pengkajian ilmu pengetahuan. Ahli-ahli bijak pandai
dibawa masuk ke kota Bagdad bagi tujuan memperkembangkan ilmu pengetahuan serta pengusahaan dalam penterjemahan
buku-buku asing dimulakan.
 Hasil dari usaha tersebut, maka telah terkumpul dan terbitlah ilmu Al Kimia, Astronomi, Mathematics, Geography, Falsafah, Lojik
Ilmu Bahasa dan perubatan serta Sains.
 Di samping itu, kecerdasan intelektual di zaman Kerajaan Bani Abbasiyah ini juga telah melahirkan tokoh-tokoh ilmu pengetahuan
yang masyhur, sehinggakan sumbangan mereka tersebut dapat diwarisi hingga ke hari ini.
 Di antara tokoh-tokoh tersebut ialah:
a)Jabir bin Hayyan (776M) iaitu tokoh dalam bidang ilmu Al Kimia (Alchemy).
b)Abu Yusof Yakob bin Ishak Al Kundi (810-873M) iaitu tokoh dalam bidang Falsafah. Di samping itu beliau juga bijak dalam ilmu
Kedoktoran dan Muzik.
c)Muhammad bin musa Al Khawarizimi (108-850M) iaitu tokoh dalam bidang Ilmu Husab.
d)Abu Jaafar Muhammad bin Jarir Al Tabari (839-923M) iaitu tokoh dalam bidang ilmu Sejarah.
e)Muhammad bin Ismail Al Bukhari yakni Imam Bukhari (810-870M) adalah tokoh dalam meriwayat dan mengumpulkan Hadis-
Hadis Nabi S.A.W.
f) Imam Abu Hanafiah Al Nukman bin Thabit iaitu pelopor Mazhab Hanafi adalah tokoh dalam bidang ilmu Fiqih.
g)Abu Nawas (810M) Abu Tamman (854) dan Al Bahtari (820-897M) adalah tokoh dalam bidang Kesusasteraan

Perubatan
 Dalam bidang perubatan ini, ianya dimainkan peranan oleh Umak-ulamak Jundishapur iaitu akedemik Falsafah dan Perubatan
yang telah diasaskan oleh Maharaja Shapur pada tahun 555M di bandaraya Farsi.
 Di masa pemerintahan Abu Jaafar, beliau telah melantik Jurjis bin Bakhtishu menjadi tabib peribadinya. Ini adalah oleh kerana
Jurjis telah merawat beliau semasa sakit perut sehinggalah beliau sembuh.
 Dalam masa pemerintahan Khalifah Harun Al Rashid pula Jurjis bin Bakhtishu telah dilantik menjadi ketua perubatan di rumah
sakit Baghdad.
 Sementara di zaman Khalifah Al Makmun iaitu pada tahun 830M, beliau telah mengasaskan Baitul Hikmah di Baghdad, yang
mana telah menghasilkan terjemahan buku-buku dan naskah-naskah Gerik dalam ilmu perubatan yang dicipta oleh Galen,
termasuklah juga Ilmu Mathematics dan Sains yang dicipta oleh Euclid dan Ptoiemy.

No comments:

Post a Comment